Search
Search
15 Pulau paling pelik di dunia

15 Pulau paling pelik di dunia

DISEBABKAN sejarah lampau, bentuk, atau rahsianya, trivia mengenai pulau-pulau ini mungkin akan membuat anda terkejut.

Ikuti senarai 15 pulau paling pelik di dunia.

1) Ball’s Pyramid

Terletak di lautan Tasman, ia hanya didiami oleh satu spesis serangga yang dikatakan telah pupus sejak tahun 1930. Selain itu, tiada sebarang penghuni direkodkan di pulau ini.

2) Queimada Grande (Pulau Ular)

Walaupun namanya kedengaran seperti penyanyi popular Ariana Grande, pulau ini disifatkan sebagai pulau paling bahaya di dunia.

Terletak berdekatan Sao Paulo, ia menjadi habitat kepada ular-ular berbisa. Malah, orang awam tidak dibenarkan menjejakkan kaki ke pulau ini.

Yang paling digeruni tentunya spesis ular Golden Lancehead. Bisanya dikatakan mampu mencairkan daging manusia. Ouch!

3) Pulau Anak Patung

Sewaktu Julian S. Barrera membina rumah di pulau Xochimilco di Mexico, dia terdengar kisah mengenai roh gadis muda yang menghantui kawasan itu.

Untuk membuang sumpahan, dia menggantung banyak anak patung di pokok-pokok sekitar pulau itu.

Lelaki itu bagaimanapun sudah meninggal dunia. Patung-patung yang ditinggalkan sangat menyeramkan walaupun dilihat pada siang hari.

4) Hashima

Merupakan tapak pencarian arang batu, ia menjadi penempatan ramai pelombong suatu ketika dahulu.

Selain ramai yang terbunuh, pulau itu mula ditinggalkan kerana industri minyak mula mengambil alih sumber tenaga negara Jepun.

Kini, ia tidak didiami sesiapa dan menjadi pulau hantu di tengah lautan.

5) Pulau Tromelin

Pada tahun 1761, kapal syarikat East India menghantar 142 krew dan 160 hamba ke pulau itu.

200 daripada mereka berjaya tiba ke Pulau Tromelin, namun tidak boleh keluar dari situ melainkan lapan sahaja yang terselamat.

Apa yang mengejutkan, lapan individu berkenaan berjaya diselamatkan oleh sebuah kapal Perancis setelah 15 tahun terdampar di sana.

6) Okunoshima

Digelar ‘pulau arnab’, ia menjadi habitat haiwan comel itu.

Pada mulanya, arnab berkenaan digunakan sebagai bahan uji kaji makmal untuk senjata kimia.

Arnab-arnab yang terselamat membiak dan telah menguasai keseluruhan pulau itu.

7) Poveglia

Diharamkan kepada orang ramai, pulau yang terletak di Itali ini pernah menjadi zon kuarantin sewaktu era Black Death.

Beribu orang yang sakit telah dibakar di pulau itu.

Ia ditinggalkan tanpa penghuni dan ditutup sejak tahun 1968.

8) Tashirojima

Terletak di tengah-tengah lautan pasifik, jumlah kucing di pulau ini melebihi populasi manusia.

Malah, setiap penghuni mesti memelihara dua ekor kucing kerana ia dianggap sebagai pembawa tuah.

9) Pulau Krismas

Setiap tahun, pulau ini diserang jutaan ketam merah yang datang untuk bertelur.

Pulau ini terletak di Australia. Anda pastinya tidak dapat membayangkan bagaimana pasir pantai yang putih bertukar merah kerana dipenuhi makhluk ini.

10) Pulau Easter

Pulau misteri ini menempatkan 900 batu gergasi yang dikenali sebagai Moai.

Ia terkenal kerana ramai yang bingung mengenai misteri dan kisah legenda kewujudan batu-batu itu.

11) Gunung berapi Taal

Terletak di tengah-tengah pulau Luzon di Filipina, ia dikelilingi tasik menjadikan ia sebuah pulau di dalam pulau.

12) Palm Island

Ia merupakan kepulauan buatan mansuia yang dibina di perairan Dubai.

Dibina sebagai tarikan pelancong, bentuknya kelihatan begitu sempurna.

13) Pulau Ramree

Terletak di Teluk Bengal, pulau ini mencatakan tragedi buruk sewaktu Perang Dunia Kedua.

Dikatakan seramai 500 askar Jepun dibaham buaya di pulau ini.

Malah, masih banyak buaya yang mendiami habitat itu sehingga hari ini.

14) Pulau terapung di Tasik Titicaca

Dibina oleh puak Uros dari Incas, pulau ini berketebalan 80 cm sahaja.

Ia dibina di atas rakit kayu di tasik itu.

15) Pulau Socotra

Terletak di perairan Yaman, terdapat 800 spesis tumbuhan pelik di pulau ini.

Malah, terdapat tumbuhan yang sudah pupus dan hanya boleh ditemui di pulau ini sahaja.

Ia turut diangkat menjadi tapak warisan oleh Unesco. -espresso

Sumber: https://www.mstar.com.my/

LainMacam