Search
Search
Haiwan ini comel tetapi berbisa.

Haiwan ini comel tetapi berbisa.

Semua tahu pasal Platypus yang merupakan sejenis mamalia yang bertelur, haiwan ini hanya ditemui pada benua Australia sahaja, banyak mendiami tebing sungai.

Haiwan yang unik ini mempunyai paruh seperti itik dan boleh membesar sehingga 15 inci tapi walaupun platypus ni nampak comel sebenarnya haiwan ni mempunyai sengat dibawah tapak kakinya dan sangat berbisa.

Jangka hayat seekor platypus mampu mencecah 20 tahun jika dibela dan hanya 12 tahun jika dibiarkan liar. Platypus ni makan cacing, cengkerang, larva sebagai makanan utama.

Haiwan mamalia tapi bertelur dikenali dengan istilah ‘Monotremes’. Setakat ini terdapat 5 spesies monotremes iaitu Platypus dan 4 spesies Echidna yang seakan landak.

Penulis: John Mohamed
Sumber: Facebook

LainMacam