Search
Search
‘Firefly Squid’ boleh mengeluarkan cahaya sendiri.

‘Firefly Squid’ boleh mengeluarkan cahaya sendiri.

Biasanya kita makan sotong dan kita tidak tahu yang ada sotong bersifat mengeluarkan cahaya sendiri.

Sotong yang dipanggil sebagai ‘Firefly Squid ini boleh ditemui pada laut Pasifik dengan kedalaman 200-400 meter.

Keadaan lautan yang gelap dan menyukarkan cahaya matahari untuk sampai ke dasar lautan menyebabkan terdapat banyak haiwan yang mampu mengeluarkan cahaya sendiri, sama seperti sotong ini yang mengeluarkan cahaya untuk menarik perhatian ikan ikan kecil yang dijadikan santapan hariannya.

Sotong yang berukuran 3 inci ini mampu hidup sehingga 1 tahun sahaja. Badan sotong akan mengeluarkan cahaya yang sama terangnya dengan permukaan air untuk mengelak menjadi mangsa. Sotong ini akan naik ke permukaan apabila menjelang malam untuk mencari makanan, dan akan kembali ke ‘alam gelap’ setelah selesai memburu dipermukaan. Sotong yang tidak beracun ini dijadikan makanan seperti sotong biasa.

Penulis: John Mohamed
Sumber: Facebook

LainMacam