Search
Search
7 Budaya tradisional paling pelik di dunia

7 Budaya tradisional paling pelik di dunia

Zaman moden kini masih ada lagi negara-negara di dunia ini mengamalkan budaya tradisi turun temurun, amalan meneruskan budaya tradisi bukan satu perkara yang luar biasa.

Tapi jika tradisi yang diamalkan itu sangat pelik hingga ada yang melibatkan nyawa itu dah lain macam jadinya, ini antara beberapa tradisi yang masih diamalkan oleh beberapa buah negara di dunia.

#1 Sepanyol – El Colacho @ Baby Jumping

Budaya tradisional ‘El Colacho’ atau ‘Baby Jumping’ dari utara Sepanyol ini, telah wujud sejak abad ke-17 lagi. Amalan lompat bayi ini dijalankan bagi membersihkan semangat bayi yang baru lahir, ia biasanya dijalankan setiap tahun pada hari Ahad selepas pesta Feast of Corpus Christi diadakan.

#2 German – Polterabend

Di German semasa majlis pra-perkahwinan, keluarga pasangan pengantin dan juga rakan-rakan pengantin akan pecahkan pinggan mangkuk.

Kemudian pasangan pengantin harus mengemas barangan yang dipecahkan tersebut, budaya ini diamalkan agar pasangan mendapat tuah yang baik.

#3 India – Jatuhkan Bayi Untuk Dapat Tuah

Amalan telah dijalankan sejak 500 tahun di India, bayi yang baru lahir akan dijatuhkan pada ketinggian 50 kaki dan ahli keluarga akan menangkap bayi dengan menggunakan hamparan kain yang dipegang.

Meski tradisi ini boleh meragut nyawa anak mereka, rata-rata penduduk India di Kartanaka sangat berpegang pada amalan tradisi ini dan tetap mengamalkan sehingga hari ini.

#4 Rom – Beri Makanan Dan Minuman Kepada Si Mati

Penduduk Rom mengamalkan budaya memberi makan dan minum kepada si mati, mereka menyediakan makanan dan minuman seperti wine, madu menerusi saluran yang dibina pada kubur si mati.

#5 Venezuela Dan Brazil – Makan Abu Mayat

Di dua negara ini mengamalkan makan abu mayat bagi mengingati si mati, puak Yonamamo dari Brazil dan Venezuela ini telah melakukan amalan ini sejak turun temurun lagi.

Si mati akan di bakar sehingga menjadi abu, kemudian abu tersebut dibahagikan kepada ahli keluarga untuk di makan.

#6 Scotland – Hitamkan Pengantin

Di Scotland terdapat amalan menghitamkan dengan membaling makanan basi atau sesuatu yang jijik kepada pengantin, tradisi ini dilakukan agar pasangan pengantin dapat menempuh segala kesukaran dengan sabar dan tabah di alam rumahtangga.

#7 Indonesia – Potong Jari Selepas Ahli Keluarga Meninggal Dunia

Puak Dani di Indonesi mengamalkan tradisi memotong jari tangan apabila terdapat kematian dalam kalangan ahli keluarga mereka, amalan ini dilakukan dengan harapan dapat melegakan roh si mati.

Memang ngeri dan pelik-pelik amalan tradisi yang terdapat di beberapa buah negara ini, dan sehingga kini amalan tersebut masih lagi dijalankan.

Susah nak percaya tapi ini adalah realiti budaya mereka.

Sumber: https://diva.my/

LainMacam