Tasik Baikal yang terletak di Russia merupakan tasik yang paling dalam di dunia, kedalaman tasik ini ialah 1642 meter. Tasik yang berusia 30 juta tahun ini juga merangkumi 23 peratus jumlah keseluruhan air tawar yang terdapat di dunia.
Tasik yang sepanjang 636 kilometer ini juga akan menghasilkan buih iaitu methane yang dihasilkan oleh alga yang terdapat didalam tasik tersebut pada musim sejuk. Tasik Baikal juga menarik kehadiran pelancong hampir 500,000 orang setiap tahun dan merupakan antara tasik yang paling jernih airnya.
Penulis: John Mohamed
Sumber: Facebook