Sebuah pulau yang dikenali dengan nama Hormuz berada di Negara Iran mempunyai pasir pantai yang berwarna merah. Keadaan itu berlaku disebabkan oleh kehadiran besi oksida yang mencapai 70%. Kebanyakan tanah dikawasan ini diambil untuk kegunaan industri seperti kaca, kosmetik dan pewarna.
Pulau yang sebesar 42 kilometer persegi ini sangat panas apabila tiba musim panas, suhu di pulau ini boleh naik sehingga 42 darjah celcius. Pulau ini pernah dikunjungi oleh penjelajah tersohor dunia iaitu Ibn Battuta dan Laksamana Cheng Ho pada kurun ke 15.
Penulis: John Mohamed
Sumber: Facebook