Search
Search
Taman negara yang tidak boleh dimasuki pelancong.

Taman negara yang tidak boleh dimasuki pelancong.

Sperrgebiet merupakan sebuah taman negara yang terletak di Negara Namibia, taman negara ni sebenarnya tidak boleh dimasuki oleh pelancong. Pelik kan? Buat taman negara tapi tak boleh masuk.

Sebenarnya, kawasan ni mempunyai lombong berlian, perkataan Sperrgebiet merupakan dari bahasa Jerman yang bermaksud kawasan larangan. Pihak Jerman datang ke Namibia untuk membina lombong berlian.

Kawasan ni juga antara kawasan yang paling banyak berlian didunia sehingga ada yang menyelinap masuk ketika waktu bulan penuh supaya senang nampak berlian yang berkilau akibat pantulan cahaya bulan. Hanya 5% sahaja kawasan ini diterokai dan sebab itulah mereka sangat menjaga taman negara ni. Kawalan disekitar taman negara ini memang sangat ketat, seseorang yang ditangkap boleh dipenjara selama 15 tahun.

Penulis: John Mohamed
Sumber: Facebook

LainMacam