ILOVEYOU merupakan salah satu virus komputer yang terkenal, virus komputer ni sebenarnya merupakan ciptaan 2 orang warga Filipina yang bernama Reonel Ramones dan Onel De Guzman.
Mereka berdua dikatakan mula menyebarkan virus komputer tu sekitar bulan 5 tahun 2000. Virus ni dihantar melalui e-mail yang mempunyai tajuk ILOVEYOU, orang akan klik email tu sebab tajuknya yang nampak macam seseorang hantar ‘surat cinta’ tanpa dia sedar tu sebenarnya virus.
Bila dah bukak email tu, akan terpapar satu bentuk ‘attachment’ yang bertulis LOVE-LETTER-FOR-YOU.txt.vbs, jadi orang yang terima email ni akan buka macam biasa, bila dah klik maka benda tu akan lancarkan kod untuk memusnahkan file tertentu malah akan membuat salinan kod untuk masuk pada semua kenalan di dalam aplikasi Microsoft Outlook.
Jutaan sistem komputer telah rosak ketika itu dan nilai kerosakan dianggarkan 5 hingga 8 billion dollar, dua lelaki tersebut dibebaskan kerana Filipina tidak mempunyai akta yang membolehkan mereka didakwa, mereka berdua ni dibebaskan. Pada 2019, Onel De Guzman mengakui dia membuat virus berkenaan untuk mencuri password pengguna.
Penulis: John Mohamed
Sumber: Facebook